NADI MAHIR Menjahit sesi 3 - v
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 3 - v. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 4:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu MAHIR telah penerangan dengan lebih lanjut berkenaan tajuk minggu ini iaitu melukis pola. Peserta belajar cara untuk melukis pola berdasarkan ukuran badan yang telah dibuat pada minggu lepas. Peserta menyediakan bahan iaitu kertas minyak, pembaris dan pen untuk melukis pola. Cikgu MAHIR menunjukkan cara untuk melukis pola serta memberikan sedikit tips untuk menghasilkan pola mengikut saiz standard. Peserta akan melukis pola teersebut bersama-sama dengan cikgu MAHIR sehingga berjaya menyiapkan pola baju kurung.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta melukis pola baju sendiri serta menghasilkan pola bagi baju jenis lain di kemudian hari. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: